PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

2 January 2013

Santapan Rohani


Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi ini lagi. Manusia tidak pernah lari daripada pelbagai permasalahan. jika kita bijak mengatasinya, in shaa Allah segalanya akan dapat di atasi.. Tetapi jika kita gagal untuk mengatasinya, jangan pernah lari dan hadapinya degan ikhlas. 

Kita cuba perbaiki segala kekurangan dalam diri dan pasang niat untuk menjadi seorang khalifah yang berjaya sama ada di dunia atau akhirat. jika kita sedar, kadang-kala nafsu yang sering menjadi punca kepada sesuatu permasalahan. Cuba kita jadikan contoh apabila seseorang itu terlalu mengikut nafsunya untuk sering berbelanja sedangkan semua benda itu hanyalah kemahuan, bukan keperluan dan akan menimbulkan masalah dari segi kewangan kepada dirinya sendiri. 

Mungkin kita terlepas pandang atau memandang remeh tentang hal ini. sebenarnya nafsu adalah perkara yang penting untuk kita pelihara atau kawal. hidup yang berlandaskan nafsu semata tidak akan memberi jaminan yang baik untuk masa depan kita. tidak ramai yang mengetahui bahawa nafsu ada beberapa peringkat. sebenarnya nafsu mempunyai peringkat-peringkatnya seperti berikut ;

7 peringkat nafsu:

1. Nafsu Ammarah bissu': Suka melakukan maksiat dan bangga dengannya. Golongan kafir dan fasiq yang memeliki nafsu.

2. Nafsu Lawwamah: Berasa menyesal selepas melakukan maksiat dan sentiasa mencela dirinya namun masih tetap melakukan maksiat. 

3. Nafsu Mulhamah: Ditunjuki oleh Malaikat mulhamah (pemberi ilham) dalam setiap tindakannya.

4. Nafsu Mutmainnah: Jiwa sentiasa tenang walaupun apa yang berlaku sama ada ditimpa kecemasan dan kejutan dalam hidup.

5. Nafsu Radhiah: Meredhai (menerima) segala ketetapan Allah.

6. Nafsu Mardhiah: Allah meredhai setiaap saat hidupnya.

7. Nafsu Insan Kamil: Sempurna. Hanya bagi para nabi dan rasul.

Memang sukar untuk kita mencapai tahap nafsu seperti para rasul. Tetapi in shaa Allah sama-samalah kita perbaiki apa yang kurang agar menjadi seseorang yang lebih baik. Setakat ini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang silap itu dari kekhilafan diri ini. Wassalam..

No comments:

Post a Comment