PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

29 December 2012

Kisah Seorang Pemuda Dan Epal


Pada zaman dahulu,seorang pemuda berjalan-jalan di dalam hutan dan terjumpa buah epal, kerana kelaparan dan tertarik akan buah epal yang merah itu lantas di pun makan epal tersebut. Kemudian pemuda tersebut pulang ke rumah dan berasa tidak sedap hati kerana telah memakan epal yang tidak diketahui pemiliknya. Dia berasa sangat bersalah dan cuba mencari siapakah pemilik epal tersebut.Epal yang merah itu dimiliki oleh seorang pemilik ladang epal. 

Pemuda tersebut pergi menemui pemilik ladang dan memohon maaf kerana telah memakan epalnya. Pemilik ladang tersebut tersenyum dan berkata “Saya akan memaafkan saudara tetapi dengan satu syarat” kata pemilik ladang tersebut. Pemuda itu menjawab “Apa syaratnya? InsyaAllah demi menebus kesalahan yang telah saya buat saya akan cuba memenuhi syarat Tuan itu”

Pemilik ladang itu berkata lagi “ Syaratnya saudara hendaklah menikahi anak gadis saya. Dia cacat. Tidak dapat berjalan, buta, pekak dan bisu. Bolehkah saudara penuhi syarat ini?”


25 December 2012

Santapan Rohani



Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus beribadah dan meneruskan aktiviti seharian. Manusia sekarang sering alpa dan mengambil remeh tentang segala amalan mereka sehingga lupa tujuan utama mereka menjadi khalifah di muka bumi ini. Kita seharusnya menghargai usia kita dengan melakukan empat perkara seperti yang telah Rasulullah S.A.W pesan kepada umatnya. Baginda telah bersabda ;

“Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.”
 (Hadis riwayat Abu Naim)

Diharap sedikit ilmu yang telah kami kongsikan ini bermanfaat kepada anda semua. Dengan ini, empat perkara di atas perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat Sama-samalah kita meningkatkan amalan dan memperbaiki segala kekurangan. In shaa Allah segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang itu datangnya dari kekhilafan diri ini. Wassalam. 

DI OLAH DARIhttp://www.islamituindah.my/berkatilah-umur-dengan-4-perkara

24 December 2012

Kisah Suami Isteri Paling Romantik




Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.
Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni.
Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni.