PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

12 February 2013

Apa itu Kesenian Islam? [Prinsip, Hukum & Bidang]




بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."

Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. 

1. PRINSIP-PRINSIP KESENIAN ISLAM
2. HUKUM DALAM SENI ISLAM
3. BIDANG-BIDANG DALAM KESENIAN ISLAM

28 January 2013

Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pada 9 dan 10 Januari 2013, kami, Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam UiTM Johor Bahru (KKKI UiTMJB) telah mengadakan Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan. Program ini telah menarik minat beberapa orang pelajar untuk menyertainya. Tujuan program ini adalah untuk mencungkil bakat para peserta tentang isu semasa yang berkaitan dengan agama Islam. Disamping itu, semua penonton mendapat serba sedikit ilmu pengetahuan yang sangat bernilai menerusi program ini.

Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan telah dimulakan dengan pertandingan Tilawah al-Quran pada 9 Januari 2013 secara tertutup pada pusingan saringan. Manakala pada 10 Januari 2013 pula, telah diadakan pusingan akhir secara terbuka di Dewan Besar UiTM Johor Bahru. Pada malam itu, Sesi Soal Jawab yang berkaitan dengan isu semasa agama Islam telah diadakan untuk para peserta.

Seramai 8 orang peserta telah berjaya mara ke pusingan akhir, iaitu 4 orang peserta muslim dan 4 orang peserta muslimah. Berikut merupakan keputusan akhir bagi peserta yang telah berjaya dalam Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan :

Peserta Muslim:
Johan : Muhammad Zulhairi bin Zainal Abidin
Naib Johan : Muhammad Ikmal bin Mohd Saufi
Ketiga : Ahmad Haikal bin Mohd Nabal
Keempat : Mohd Hafizuddin bin Mohd Nor

Peserta Muslimah:
Johan : Siti Nadzirah bt Samingin
Naib Johan : Nurul Atiqah bt Haji Mohd Noor
Ketiga : Nur Fatin Nabilla bt Rosdi
Keempat : Aisyah bt Shahrom

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa KKKI UiTM JB dan peserta-peserta yang telah terlibat menjayakan program yang bermanfaat ini. Tidak lupa juga kepada penonton yang telah bersama-sama memeriahkan lagi Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang. Insya Allah.





Baca entry sepenuhnya untuk lihat gambar-gambar semasa program berlangsung:

14 January 2013

Program "Islamic Clubs Convention"



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pada 11, 12, dan 13 Januari yang lalu, Nahwanz telah menerima undangan daripada kelab Inspirasi UiTm Alor Gajah untuk mengikuti program Islamic Clubs Convention(ICC). Seramai 38 ahli Nahwanz telah mengikuti program tersebut.

Program ini bertujuan untuk menghimpunkan kesemua kelab kebudayaan islam seluruh UiTM di Malaysia dan bertukar pendapat bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian kelab-kelab kesenian Islam. Sebanyak 7  kampus yang mndaftar menjadi peserta antaranya UiTM Kampus Dungun, UiTM Kampus Kuala Pilah, UiTM Kampus Jengka, Uitm Kampus Pulau Pinang, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru, UiTM Kampus Alor Gajah dan UTEM Melaka.




11 January 2013

Gambar Program Anak Digital Ibu Bapa Analog



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berikut merupakan gambar-gambar semasa pragram Anak Digital Ibu Bapa Analog berlangsung



Program Anak Digital Ibu Bapa Analog



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Pada 3 Januari 2013, kami telah pun mengadakan program "ANAK DIGITAL IBUBAPA ANALOG". Program ini menerangkan dan merungkai tentang hubungan ibubapa yang berfikiran "Tradisional" jika dibandingkan dengan fikiran anak-anak muda zaman penuh cetusan minda serta idea yang berteraskan ICT dan Teknologi kini. Jadi, Ustaz Asmadi yang telah dijemput dari Madrasah Al Junid, Singapura untuk membincangkan hal berkenaan. Program ala-ala forum ini telah berjaya menarik minat pelajar untuk mendengar dan mengambil iktibar untuk masa akan datang.


4 January 2013

Marilah Mengamalkan Amalan Harian Rasulullah S.A.W




بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rasulullah S.A.W merupakan idola dan ikon yang terbaik bagi seluruh umat Islam di dunia. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh umat Islam. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah S.W.T kepada kita untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Marilah kita lihat serba sedikit mengenai Rasulullah S.W.T ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم )

Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah;           sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Berikut merupakan antara amalan harian Rasulullah S.A.W yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.

3 January 2013

Program Pertama


2 January 2013

Santapan Rohani


Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dimuka bumi ini lagi. Manusia tidak pernah lari daripada pelbagai permasalahan. jika kita bijak mengatasinya, in shaa Allah segalanya akan dapat di atasi.. Tetapi jika kita gagal untuk mengatasinya, jangan pernah lari dan hadapinya degan ikhlas. 

Kita cuba perbaiki segala kekurangan dalam diri dan pasang niat untuk menjadi seorang khalifah yang berjaya sama ada di dunia atau akhirat. jika kita sedar, kadang-kala nafsu yang sering menjadi punca kepada sesuatu permasalahan. Cuba kita jadikan contoh apabila seseorang itu terlalu mengikut nafsunya untuk sering berbelanja sedangkan semua benda itu hanyalah kemahuan, bukan keperluan dan akan menimbulkan masalah dari segi kewangan kepada dirinya sendiri. 

Mungkin kita terlepas pandang atau memandang remeh tentang hal ini. sebenarnya nafsu adalah perkara yang penting untuk kita pelihara atau kawal. hidup yang berlandaskan nafsu semata tidak akan memberi jaminan yang baik untuk masa depan kita. tidak ramai yang mengetahui bahawa nafsu ada beberapa peringkat. sebenarnya nafsu mempunyai peringkat-peringkatnya seperti berikut ;

7 peringkat nafsu:

1. Nafsu Ammarah bissu': Suka melakukan maksiat dan bangga dengannya. Golongan kafir dan fasiq yang memeliki nafsu.

2. Nafsu Lawwamah: Berasa menyesal selepas melakukan maksiat dan sentiasa mencela dirinya namun masih tetap melakukan maksiat. 

3. Nafsu Mulhamah: Ditunjuki oleh Malaikat mulhamah (pemberi ilham) dalam setiap tindakannya.

4. Nafsu Mutmainnah: Jiwa sentiasa tenang walaupun apa yang berlaku sama ada ditimpa kecemasan dan kejutan dalam hidup.

5. Nafsu Radhiah: Meredhai (menerima) segala ketetapan Allah.

6. Nafsu Mardhiah: Allah meredhai setiaap saat hidupnya.

7. Nafsu Insan Kamil: Sempurna. Hanya bagi para nabi dan rasul.

Memang sukar untuk kita mencapai tahap nafsu seperti para rasul. Tetapi in shaa Allah sama-samalah kita perbaiki apa yang kurang agar menjadi seseorang yang lebih baik. Setakat ini sahaja perkongsian kami pada kali ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang silap itu dari kekhilafan diri ini. Wassalam..