PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

28 January 2013

Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pada 9 dan 10 Januari 2013, kami, Kelab Kesenian dan Kebudayaan Islam UiTM Johor Bahru (KKKI UiTMJB) telah mengadakan Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan. Program ini telah menarik minat beberapa orang pelajar untuk menyertainya. Tujuan program ini adalah untuk mencungkil bakat para peserta tentang isu semasa yang berkaitan dengan agama Islam. Disamping itu, semua penonton mendapat serba sedikit ilmu pengetahuan yang sangat bernilai menerusi program ini.

Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan telah dimulakan dengan pertandingan Tilawah al-Quran pada 9 Januari 2013 secara tertutup pada pusingan saringan. Manakala pada 10 Januari 2013 pula, telah diadakan pusingan akhir secara terbuka di Dewan Besar UiTM Johor Bahru. Pada malam itu, Sesi Soal Jawab yang berkaitan dengan isu semasa agama Islam telah diadakan untuk para peserta.

Seramai 8 orang peserta telah berjaya mara ke pusingan akhir, iaitu 4 orang peserta muslim dan 4 orang peserta muslimah. Berikut merupakan keputusan akhir bagi peserta yang telah berjaya dalam Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan :

Peserta Muslim:
Johan : Muhammad Zulhairi bin Zainal Abidin
Naib Johan : Muhammad Ikmal bin Mohd Saufi
Ketiga : Ahmad Haikal bin Mohd Nabal
Keempat : Mohd Hafizuddin bin Mohd Nor

Peserta Muslimah:
Johan : Siti Nadzirah bt Samingin
Naib Johan : Nurul Atiqah bt Haji Mohd Noor
Ketiga : Nur Fatin Nabilla bt Rosdi
Keempat : Aisyah bt Shahrom

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa KKKI UiTM JB dan peserta-peserta yang telah terlibat menjayakan program yang bermanfaat ini. Tidak lupa juga kepada penonton yang telah bersama-sama memeriahkan lagi Program Pencarian Muslim Muslimah Pilihan. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang. Insya Allah.





Baca entry sepenuhnya untuk lihat gambar-gambar semasa program berlangsung:



































































































No comments:

Post a Comment