PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

29 December 2012

Kisah Seorang Pemuda Dan Epal


Pada zaman dahulu,seorang pemuda berjalan-jalan di dalam hutan dan terjumpa buah epal, kerana kelaparan dan tertarik akan buah epal yang merah itu lantas di pun makan epal tersebut. Kemudian pemuda tersebut pulang ke rumah dan berasa tidak sedap hati kerana telah memakan epal yang tidak diketahui pemiliknya. Dia berasa sangat bersalah dan cuba mencari siapakah pemilik epal tersebut.Epal yang merah itu dimiliki oleh seorang pemilik ladang epal. 

Pemuda tersebut pergi menemui pemilik ladang dan memohon maaf kerana telah memakan epalnya. Pemilik ladang tersebut tersenyum dan berkata “Saya akan memaafkan saudara tetapi dengan satu syarat” kata pemilik ladang tersebut. Pemuda itu menjawab “Apa syaratnya? InsyaAllah demi menebus kesalahan yang telah saya buat saya akan cuba memenuhi syarat Tuan itu”

Pemilik ladang itu berkata lagi “ Syaratnya saudara hendaklah menikahi anak gadis saya. Dia cacat. Tidak dapat berjalan, buta, pekak dan bisu. Bolehkah saudara penuhi syarat ini?”



Pemuda itu sangat terperanjat akan syarat yang diberikan oleh pemilik ladang. Dia berfikir sejenak dan seakan bersetuju akan syarat tersebut kerana itulah satu-satunya cara untuk menebus kesalahannya. Dia redha akan situasi tersebut. Lalu dia bersetuju untuk menikahi anak gadis pemilik ladang.

Mendengarkan kerelaan pemuda tersebut untuk menikahi anak gadisnya, pemilik ladang tersenyum dan berkata, 
“ Anak gadis saya sangat istimewa. Dia cacat, tidak dapat berjalan kerana tidak pernah melangkah kaki ke  tempat-tempat maksiat, dia buta kerana tidak pernah melihat perbuatan maksiat, dia pekak kerana tidak mendengar benda-benda yang menjurus ke arah maksiat, dan dia bisu kerana tidak pernah bercakap perkara sia-sia yang akan menambah dosa”.

Pemilik ladang itu menunjuk ke arah pintu rumahnya. “Itulah anak gadis istimewa saya dan dialah yang akan anda nikahi.” Gadis yang istimewa itu tersenyum ke arah lelaki itu.

Pemuda itu terperanjat melihat gadis tersebut. Gadis itu sangat cantik dan sopan menutup auratnya. Alangkah beruntung dirinya mendapat gadis secantik itu. Secantik bidadari syurga. Dia sangat bersyukur akan kurniaan Allah kepadanya dan berjanji akan menjadi lelaki dan suami terbaik dan memimpin isterinya mengikut agama Allah. Jadi apakah pengajaran yang dapat kita cedok daripada cerita pemuda dan pemilik ladang ini ?

Orang yang baik, ikhlas dan jujur serta berniat baik akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah jua. Lihatlah pemuda tersebut yang jujur pergi berjumpa pemilik ladang setelah memakan epal miliknya. Dan dia juga dengan kerelaan hati bersetuju menikahi anak gadis pemilik ladang yang pada mulanya disangkakan cacat. Itu semua untuk menebus kesalahannya.

Mampukah kita menjadi sebaik pemuda itu? Tepuk dada tanya minda, hati dan iman J

Selamat beramal. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari kita sendiri, umat-Nya.
Assalam..

No comments:

Post a Comment