Pada zaman dahulu,seorang pemuda berjalan-jalan di dalam hutan dan terjumpa buah epal, kerana kelaparan dan tertarik akan buah epal yang merah itu lantas di pun makan epal tersebut. Kemudian pemuda tersebut pulang ke rumah dan berasa tidak sedap hati kerana telah memakan epal yang tidak diketahui pemiliknya. Dia berasa sangat bersalah dan cuba mencari siapakah pemilik epal tersebut.Epal yang merah itu dimiliki oleh seorang pemilik ladang epal.
Pemuda tersebut pergi menemui pemilik ladang dan memohon maaf kerana telah memakan epalnya. Pemilik ladang tersebut tersenyum dan berkata “Saya akan memaafkan saudara tetapi dengan satu syarat” kata pemilik ladang tersebut. Pemuda itu menjawab “Apa syaratnya? InsyaAllah demi menebus kesalahan yang telah saya buat saya akan cuba memenuhi syarat Tuan itu”

Pemilik ladang itu berkata lagi “ Syaratnya saudara hendaklah menikahi anak gadis saya. Dia cacat. Tidak dapat berjalan, buta, pekak dan bisu. Bolehkah saudara penuhi syarat ini?”